BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 22, 2011

when i say I LOVE YOU

when i say I LOVE YOU,

its a simple 3 words,

but mean so much,

if only you knew,

how much I LOVE YOU !



there somethings about you,

i could never forget,

i know that you feel this too,

like when we first meet,

you said 'she is my gurl'



to this day, i still LOVE YOU,

to this day, you still have my heart,

to this day, im still in love with you,

from the day first day when i saw you,



i love u still..

thank you for being nice to me,

im glad to have you in my life,

for the rest of my life,

i will always LOVE YOU...



beauty of my love,

NFE~~

Tuesday, January 11, 2011

CEMBURU ITU IBARAT API ! 8 CARA MENGATASINYA

CEMBURU ITU SAYANG?
KALAU TIDAK CEMBURU, MAKA TIDAK CINTA NAMANYA?
TERLALU BANYAK TAFSIRAN DAN PANDANGAN BERKAITAN DENGAN CEMBURU YANG WUJUD. TENTU SAHAJA BENAR, NAMUN BUKAN BERERTI BAHAWA SEBARANG RASA CEMBURU ITU DAPAT DI TERIMA DALAM SESEBUAH HUBUNGAN.
UNTUK MENGELAKKAN KEMARAHAN, ADA BEBERAPA CARA MEREDAKAN PERASAAN CEMBURU TERHADAP PASANGAN !

JOM LIHAT :D


1. "Percayalah Padaku!"

Sesebuah hubungan yang dibina bukan hanya berlandaskan nafsu semata, tetapi perlulah wujud rasa sayang dan cinta. Apabila timbul rasa cinta, maka wujudlah kepercayaan terhadap pasangan. Kepercayaan pula sentiasa diukur dengan pelbagai cara. Usah lafaz percaya jika diri sendiri sentiasa dilanda keraguan. Kurang rasa percaya akan merosakkan hubungan kamu dan si dia.


2. Terima Kenyataan
Meskipun kamu telah sedaya upaya menyakinkan pasangan tentang pentingnya rasa percaya, tidak bermakna kamu harus mengabaikan isu tertentu yang muncul, Hadapilah kenyataan bahawa pasangan kamu juga berhak merasa sedikit was-was terhadap sesuatu yang kamu lakukan. Jika kamu seorang wanita, biarlah si dia menegur kamu andai kamu bersama jejaka lain kerana di situ boleh dilihat rasa cinta mereka kepada kamu.


3. Jelaskan Padanya

Sekiranya berlaku pertengkaran, jangan biarkan si dia menuduh kamu dengan melulu kerana kemungkinan besar akan timbul salah faham yang lebih besar. Usah berdiam diri, jelaskan padanya dengan terperinci apa yang berlaku sebenarnya. tetapi perlu dipilih waktu yang sesuai untuk membuat penjelasan. Kebiasaanya, apabila sedang marah seseorang itu sukar untuk mendengar sebarang alasan yang diberikan.


4. Dengar Penjelasan Si Dia

Setelah menjelaskan dengan terperinci tentang keadaan yang sebenar kepadanya, kamu perlu bersedia mendengar penjelasan darinya pula. Barangkali pasangan kamu lebih mengetahui dan arif tentang perihal yang kamu kemukakan. Nyahkan sifat cemburu buta kamu itu, kerana ia tidak akan membantu dalam penyelesaian masalah kamu berdua. berbincanglah dengan cara yang baik, nescaya hubungan akan berkekalan.


5. Runding Jalan Penyelesaian

Setelah sesi luahan rasa, tiba pula saatnya kamu dan si dia duduk bersama membicarakan langkah yang harus diambil untuk memulihkan semula hubungan. Pada tahap ini, kedua-dua perli bersikap terbuka dalam menerima sebarang kemungkinan. Buang rasa cemburu seketika dan dengarlah apa yang disampaikan oleh pasangan kamu. Ingatlah bahawa kadang-kala cemburu itu mengundang pergaduhan. Rundinglah dengan cara yang terbaik agar tidak berlaku lagi pertengkaran yang disebabkan oleh perasaan cemburu buta.


6. Bangunkan Kepercayaan Dirinya

Apabila kamu dan si dia menemui jalan penyelesaian, yakinkan si dia sekali lagi bahawa dialah kekasih kamu yang paling setia yang pernah kamu ada, ataupun cakaplah sesuatu yang ikhlas lahirnya dari hati. Bangunkan semula kepercayaan si dia untuk memulihkan hubungan kamu berdua. Sekali sekala, ada sesetengah orang yang memerlukan pujian sebegini supaya mereka rasa lebih dihargai. Buat pasangan, jika si dia sudah berusaha yakinkan kamu, apa salahnya jika kamu mengambil ia sebagai satu bonus kerana si dia masih menyangi dirimu.


7. Secara Psikologi

Dalam sesetengah kes, pasangan akan berhenti dari rasa cemburu apabila sudah menemui jalan penyelesaian. Namun, ada juga beberapa kes yang yang melibatkan pasangan tetap rasa terancam walaupun telah diterangkan berulang-kali. Seandainya kamu telah mencuba pelbagai cara tetapi si dia tetap paranoid, maka kamu haruslah mengambil tahu apa yang menyebabkannya bertindak sedemikian. Mungkin si dia pernah ditipu berulang-kali oleh bekas kekasihnya. Atau mungkin juga si dia trauma dengan kisah sedih yang pernah menimpanya suatu masa dahulu.
Oleh itu, kamu harus bersabar dan cuba hadapi perkara tersebut dengan tabah. Ini kerana sikap sabar yang kamu tunjukkan itu akan membuahkan hasil yang cukup bermakna. Si dia akan sedar dan cuba melupakan apa yang sudah terjadi. Dari sinilah dia akan menilai semula nilai murbi yang kamu tunjukkan itu dan semestinya akan lebih menghargai kamu. Buat pasangan pula, kamu haruslah sedar kerana hanya mereka yang benar-benar menyintai kamu sabar dan mampu bertahan dengan sifat cemburu buta kamu itu, jadi kamu harus buang jauh perasaan cemburu buta jika menyangi hubungan kamu.


ok ! semua nie aku dapat dari hasil pembacaan, adalah aku tambah sekerat dua kerat ayat !
cemburu buta itu merupakan satu penyakit dalam perhubungan !

SELAMAT MEMBACA :)